Friday, March 12, 2010

SEJARAH SEKOLAH MAAHAD RAUDHAH AN NAZIRIN JERIMBONG

SEJARAH SEKOLAH


Rentetan sejarah penubuhan sekolah

1957-Sumbangan derma orang ramai dan gotong-royong bagi pembiayaan sekolah.
1965-Mendapat bantuan kerajaan negeri hingga tahun 1969.
1967-Bangunan sekolah dan peralatannya dihanyut banjir besar 1967 dibangunkan kembali atas usaha-usaha orang kampung.
1976-Dapat membeli tanah tapak sekolah seluas 2A – 236 depa berharga RM 2,500.00 yang mana RM 2,000.00 di dapati dari kerajaan negeri dan RM 500.00 dari derma ibubapa dan orang ramai.
1981-Sambutan Perayaan Jubli Perak, peruntukan bagi mendirikan bangunan baru diisytiharkan oleh YAB Dato’ Haji Mohamed Yaacob, Menteri Besar Kelantan, semasa merasmikan perayaan sebanyak RM 200,000.00.
1982-Bangunan baru mula dibina.
1983-Perasmian bangunan baru oleh YAB Dato’ Menteri Besar.
2002-Perasmian bangunan baru 3 tingkat dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz b Nik Mat,Menteri Besar Kelantan.
2006-Sekolah ini telah dinamakan sebagai Maahad Raudhah An-Nazirin.
2007-Sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan sekolah yang akan dirasmikan oleh YB Mohd Amar b Nik Abdullah,

Friday, February 19, 2010

ULASAN JURNAL

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN SUMBER DAN PERKHIDMATAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Artikel Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran adalah hasil penulisan Hassan bin Mohd Ghazali,Fakulti Seni dan Muzik,Universiti Perguruan Sultan Idris menerangkan tentang perkembangan teknologi komputer dan internet dalam mempengaruhi sistem pendidikan dan meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran.Strategi pembelajaran menggunakan komputer dan internet dalam pendidikan menunjukkan banyak peningkatan dari segi pengetahuan,kecekapan dan kemahiran.Banyak kajian-kajian berasaskan komputer,multimedia dan internet yang disebut sebagai pembelajaran berasaskan komputer meninggalkan kesan yang positif kepada proses pembelajaran (Tylor:1980)
Walaubagaimanapun,realitinya aplikasi teknologi ini tidak digunakan secara yang optima didalam proses pembelajaran pada masa kini.Pemanfaatan sumber pembelajaran melalui internet dan pusat sumber elektronik kurang digunakan kerana dalam proses pembelajaran masa kini terutamanya di pusat pengajian tinggi masih ada kecenderungan pembelajaran berpusatkan pada pensyarah.Justeru itu artikel ini cuba merungkaikan
Kelebihan dan kelemahan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tuesday, February 9, 2010

http://www.scribd.com/doc/16660458/Kelebihan-dan-kelemahan-penggunaan-sumber-dan-perkhidmatan-internet-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
http://www.e-dukasi.net/artikel/index.php?id=43
POTENSI TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI DALAM PENINGKATAN MUTU PEMBELAJARAN DI KELAS